Khasiat Durian

Durian mungkin tidak asing lagi bagi penduduk Asia terutama di kawasan Asia Tenggara yang menganggapnya sebagai raja buah dan musim durian cukup dinanti-nanti oleh penggemarnya.

Meskipun ada sesetengah yang tidak suka akan bau dan rasanya yang menusuk, tetapi sebenarnya durian terkandung seribu satu khasiat dan kebaikan yang baik buat kesihatan tubuh badan.

Bahkan ada beberapa lokasi yang menawarkan bufet durian di sekitar Lembah Klang. Jom ketahui beberapa lagi fakta mengenai durian supaya anda boleh kongsi bersama penggemar lain atau buat yang sebelum ini kurang suka jadi penggemar durian juga!

Memastikan tubuh lebih bertenaga

Dengan hanya mengambil 100 gram buah durian, ianya cukup memberikan karbohidrat yang diperlukan tubuh iaitu sebanyak 21%. Ianya mampu menyalurkan lebih banyak tenaga pada tubuh dengan segera selepas dimakan.

Mengatasi tekanan

Buah durian mengandungi vitamin B6 yang berperanan dalam menghasilkan serotonin. Serotonin berkesan dalam mengatasi masalah tekanan.

Nutrisi buat tulang dan gigi

Bukan hanya kaya dengan vitamin B6, malah ianya kaya dengan kandungan kalsium, kalium, vitamin B1 dan B2. Semua khasiat ini baik dalam menjaga kesihatan tulang dan gigi.

Awet muda

Durian juga  mempunyai khasiat vitamin C yang cukup tinggi. Secara amnya kita tahu bahawa vitamin C boleh melambatkan proses penuaan pada kulit tubuh dan wajah.

Sistem cerna yang sihat

Buah durian mengandungi kandungan serat yang tinggi, jadi ia membantu dalam memastikan sistem pencernaan berjalan dengan lancar.

Solusi kepada masalah anemia

Raja buah ini juga mengandungi folat, tembaga serta zat besi yang berperanan penting dalam mengatasi gejala anemia atau kurang darah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *