INI 8 PERKARA LELAKI MATANG TIDAK AKAN BUAT

Pernahkah anda tertanya-tanya biila sebenarnya lelaki menjadi matang dan apakah definisi sebenar matang yang dimaksudkan? Ada sesetengah orang yang sudah berfikiran matang pada usia 15 atau 16 tahun manakala ada sahaja yang masih bersikap seperti kanak-kanak walaupun selepas berusia 30-an atau 40-an. Jadi bagaimanakah anda ingin tahu sama ada lelaki itu matang atau tidak? Jawapannya ada pada sikap mereka. GLAM Lelaki senaraikan lapan perkara yang lelaki matang tidak akan buat pada wanita.

1. MENGKRITIK PENAMPILAN ANDA

“Mengapa awak tak tukar gaya rambut awak?” “Sayang, boleh tak awak kuruskan sikit badan awak?” Lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan meminta anda untuk mengubah penampilan anda mahupun mengkritik gaya anda. Dengan melakukan itu, dia tidak cuba membantu anda tetapi sebaliknya dia cuba untuk merendahkan diri anda supaya anda tidak cukup yakin untuk meninggalkan dirinya. Seorang lelaki matang tidak akan merendahkan dirinya sendiri dengan mengkritik anda demi untuk memuaskan egonya sendiri.

2. MENGGANGU RUANGAN PERIBADI ANDA

Jika anda dan pasangan anda mempuyai hubungan yang sihat, anda tidak perlu untuk menyembunyikan apa-apa daripada satu sama lain tidak kira sama ada mesej Facebook atau nombor telefon kenalan anda. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pasangan anda boleh cuba untuk membaca surat peribadi anda ataupun mengeledah semua barang peribadi anda. Dengan berbuat demikian, lelaki tersebut telah menunjukkan rasa ragu dan tidak hormat pada diri anda.

3. TIDAK LARI DARI MASALAH

Sewaktu remaja, kita akan mengunci diri kita di dalam dunia sendiri setiap kali kita berhadapan dengan masalah, betul tak? Namun,  lelaki yang matang tidak pernah lari daripada masalah. Dia perlu tahu cara terbaik untuk menyelesaikan masalah peribadi, keluarga atau masalah kerja dan bukan melarikan diri setiap kali berhadapan masalah. Tetapi ini tidak bermakna dia sentiasa mencari masalah. Lelaki yang matang tahu bila untuk menyelesaikan masalah dan bila untuk mengelak dari masalah.

4. TIDAK DIKAWAL EMOSI

Lelaki yang sejati bukanlah tentang kekuatan. Lelaki yang sejati tidak akan takut untuk dikritik kerana menunjukkan sebarang emosi atau sikap romantik. Dia tahu dia tidak akan menjadi kurang kelelakian jika dia menunjukkan sebarang emosi. Selain itu, sikap menunjukkan emosi ini adalah penting dalam membina hubungan yang sihat bersama pasangan.

5. FIKIR MASA DEPAN 

Sesetengah lelaki dengan mudah akan menghabiskan semua wang yang mereka ada untuk makan malam di sebuah restoran mahal tanpa memikirkan akibatnya di kemudian hari atau mereka boleh mengadakan sebuah majlis besar pada hari bekerja dan mengambil cuti sehari dan akan sambung bekerja pada hari seterusnya. Lelaki seperti ini tidak boleh untuk merancang dan memikirkan tentang masa depan. Malah, melihat sekumpulan lelaki pertengahan umur berkelakuan seperti budak sekolah sudah cukup untuk membuat mana-mana wanita meluat. Bagaimanapun, ini tidak bermakna hidup anda perlu menjadi membosankan cuma anda perlu fikir tentang apa yang akan berlaku pada masa depan.

6. MENDAHULUI KAWAN-KAWAN BERBANDING ISTERI DAN KELUARGA

Semua lelaki perlu keluar dengan rakan-rakan merka dan mempunyai malam hanya untuk lelaki sekali-sekala tetapi seoang lelaki yang bijaksna tidak akan mengabaikan isterinya hanya untuk bersama dengan rakannya. Lelaki yang sentiasa mendengar nasihat daripada rakan-rakan mereka dan mengabaikan pendapat orang tersayang mungkin mempunyai masalah psikologi. Selalunya, individu ini berperangai seperti budak-budakan dan tidak matang.

7. TIDAK PUNYA HUBUNGAN BAIK DENGAN IBU

Lelaki yang matang sentiasa meluangkan masa untuk ibu bapanya walaupun hubungan mereka tidak begitu baik. Dia memahami bahawa menjaga individu yang setelah sekian lama menjaga dirinya adalah sangat penting. Bagaimanapun, dia tidak pernah melampaui batas dalam menasihati apabila ibu bapanya (biasanya ibunya) mula untuk mengongkong hidupnya dan menghalau orang lain dari hidupnya.

8. MENGHORMATI WANITA DAN TIDAK AKAN PERNAH MENYAKITI

Ini bukan sahaja melibatkan penderaan fizikal tetapi juga psikologi.  Jika anda mengalami keganasan rumah tangga, berhenti membuat alasan untuk suami anda dan tinggalkan dia dengan segera. Lelaki yang matang tidak akan pernah memukul wanita, tidak kira betapa marahnya dia.

Sumber: Jelita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *