5 TIP UNTUK LELAKI KEKAL BERGAYA

Golongan lelaki yang bekerjaya acap kali sibuk dan kurang memiliki masa untuk bergaya. Jika ada sekalipun, hanyalah untuk memenuhi jemputan dan acara tertentu. Ya, mungkinkah anda salah seorang daripada mereka yang menggunakan alasan kesuntukan masa sehingga mengabaikan fesyen harian anda. Ya, sesungguhnya kami di GL memahami isu. Oleh itu, ikuti tip fesyen yang kami sediakan ini agar kekal bergaya, walau sibuk bekerjaya.

1. RANCANG APA YANG INGIN DIPAKAI

Tip pertama yang boleh anda ikuti adalah dengan menyediakan siap-siap pakaian yang ingin pakai pada malam sebelum. Ini sekaligus akan mengurangkan masa untuk anda bersiap. Hamparkan pakaian, kasut, dan aksesori anda. Dengan berbuat demikian, anda tidak akan tergesa-gesa. Anda juga mempunyai masa yang mencukupi untuk membetulkan apa-apa masalah pada pakaian seperti zip rosak dan butang rosak jika berlaku.

2. ALMARI PASTIKAN TERSUSUN & DIJAGA RAPI

Pastikan almari pakaian anda sentiasa kemas dan tersusun supaya anda tidak perlu lagi tercari-cari pakaian yang ingin anda sarungkan. Aturkan almari anda dengan mengikut kekerapan anda memakai pakaian itu atau mengikut warna dan item. Susunan almari yang sempurna seharusnya mempunyai bahagian berasingan untuk sut, kemeja-T, aksesori, tali leher dan juga kasut. Ini sedikit sebanyak membantu anda mengekalkan stail anda.

3. MINIMAKAN PILIHAN PAKAIAN

Terlalu banyak pilihan pakaian hanya akan memeningkan kepala anda. Elakkan daripada memiliki barangan yang tidak sesuai untuk dipadankan dengan pakaian harian anda. Yang pasti, barang-barang ini akan menjadi gangguan ketika anda ingin memilih pakaian yang ingin dipakai. Sebaiknya, asingkan! Jika majoriti barangan di dalam almari anda bersesuaian dengan semua jenis pakaian, anda tidak perlu berfikir terlalu lama untuk memadankannya, bukan?

4. USAH ABAI RUTIN WAJIB

Mempunyai rutin harian pada waktu pagi akan membuatkan anda teruja untuk bangun setiap hari. Jangan semata fokus pada apa yang dipakai saja. Ingat, wajah dan keseluruhan penampilan juga perlu diberi perhatian, seperti mencukur, mencuci muka, memotong kuku tangan dan lain-lain.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 4 Mei 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *