PENYALAHGUNAAN UBAT VIAGRA UNTUK KEPUASAN SEKS

VIAGRA merupakan ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk di kalangan lelaki. Ia boleh membantu ramai lelaki yang mati pucuk untuk mendapat ereksi dan mengekalkannya apabila mereka teransang secara seksual.

Mati pucuk adalah satu penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kini. Seseorang yang mati pucuk selalunya tidak dapat mencapai atau mengekalkan ereksi untuk perhubungan kelamin yang memuaskan.

VIAGRA boleh didapati yang melalui preksripsi pegawai perubatan. Sebelum dipreskrib VIAGRA, doktor anda akan memastikan ubat tersebut adalah sesuai untuk penyakit anda.

viagra

Apakah yang perlu saya maklumkan kepada pegawai perubatan sebelum mengambil VIAGRA?

Sebelum anda mengambil VIAGRA, sila maklumkan pegawai perubatan sekiranya anda:

  • Pernah atau sedang mengalami penyakit jantung seperti serangan jantung, dengupan jantung tidak sekata, angina, sakit dada, penyempitan injap aorta atau kegagalan fungsi jantung
  • Pernah menjalani pembedahan jantung dalam jangka masa 6 bulan lepas
  • Pernah mengalami strok
  • Pernah mengalami tekanan darah rendah atau tekanan darah yang tidak terkawal
  • Mempunyai kecacatan rupa bentuk alat sulit lelaki
  • Pernah mengalami ereksi yang lama melebihi daripada 4 jam
  • Mempunyai permasalahan sel darah seperti anemia sel sabit (sickle cell anemia), myeloma pelbagai (multiple myeloma) ataupun leukemia
  • Mempunyai retinitis pigmentosa, satu penyakit mata secara keturunan.
  • Pernah mengalami kehilangan penglihatan yang serius
  • Mempunyai masalah pendarahan
  • Pernah atau sedang mempunyai ulser perut
  • Mempunyai masalah hati
  • Mempunyai masalah buah pinggang atau sedang menjalani hemodialisis

 

viagra

Sila maklumkan doktor mengenai semua ubatan anda. Ini kerana interaksi ubat anda dengan VIAGRA boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini yang boleh memudaratkan anda.

Sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubat berikut, maklumkan kepada pegawai perubatan anda;

KATEGORI UBAT
NAMA UBAT
Nitrate Isosorbide dinitrate, isosorbide mononitrate
Alpha blocker Terazocin, tamsulosin, doxazocin, prazosin, alfuzosin, silodosin
HIV protease inhibitors Ritonavir, indinavir, saquinavir, atazanavir
Antifungal Ketoconazole, itraconozale
Antibiotics Clarithromycin, telithromycin, erythromycin
Lain-lain Ubat darah tinggi, ubat atau rawatan lain untuk mati pucuk, tadalafil dan REVATIO. REVATIO mengandungi kandungan ubat aktif yang sama seperti dalam VIAGRA iaitu Sildenafil.

Sila rujuk pegawai perubatan atau pegawai farmasi jika anda tidak pasti dengan ubat-ubatan anda.

Blue Pills

Bagaimanakah anda perlu mengambil VIAGRA?

  • Makan VIAGRA sepertimana yang diarahkan oleh pegawai perubatan atau pegawai farmasi anda.
  • Makan VIAGRA dengan jumlah biji dan pada waktu makan yang telah diarahkan oleh pegawai perubatan atau pegawai farmasi anda.
  • Pegawai perubatan mungkin akan mengubah dos anda jika perlu.
  • Anda boleh mengambil VIAGRA diantara 30 minit dan 4 jam sebelum perhubungan kelamin. Walaupunbegitu anda digalakkan makan VIAGRA satu jam sebelum perhubungan kelamin.
  • VIAGRA boleh diambil bersama atau tanpa makanan. Jika diambil dengan makanan tinggi lemak, VIAGRA mungkin akan mengmabil masa lebih lama sebelum bertindak.
  • JANGAN mengambil VIAGRA lebih daripada sekali dalam sehari.
  • Jika anda terlebih ambil VIAGRA, sila menghubungi pegawai perubatan atau dapatkan rawatan di unit kecemasan hospital yang berdekatan dengan segera.

side-effects-of-viagra

PENYALAHGUNAAN

Apakah kesan sampingan VIAGRA?

Antara kesan sampingan yang serius adalah;

    • Priapism (ereksi yang berpanjangan dalam tempoh yang lama).
      Jika anda mengalami ereksi berpanjangan melebihi daripada 4 jam, sila dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Jika tidak dirawat dengan segera, priapism boleh merosakkkan alat sulit anda.
  • Kehilangan penglihatan secara mengejut.
    Jika anda mengalami kehilangan penglihatan pada satu atau kedua-dua mata anda, berhenti mengambil VIAGRA dan hubungi pegawai perubatan dengan segera.
  • Pengurangan atau kehilangan pendengaran
    Segelintir akan mendengar bunyi dengungan (tinnitus) atau merasa pening. Jika anda mengalami masalah sedemikian, berhenti mengambil VIAGRA dan hubungi pegawai perubatan dengan segera.

 

sildenafil-citrate-100mg-for-erectile-dysfunction-6-638

Antara kesan sampingan VIAGRA yang paling kerap;

  • Sakit kepala
  • Rasa panas pada bahagian muka, leher dan dada
  • Sakit perut
  • Penglihatan kabur dan mempunyai masalah untuk membezakan warna
  • Selsema atau hidung tersumbat
  • Sakit belakang
  • Sakit otot
  • Loya
  • Pening
  • Kegatalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *