AWASI KOLESTEROL DALAM DARAH ANDA

 

Apakah sebenar kolesterol?

Kolesterol adalah bahan penting yang dihasilkan oleh badan untuk bantu pembinaan sel-sel baru tetapi kita juga banyak menerima sumber kolesterol daripada haiwan.
Kolesterol sebenarnya diperlukan oleh badan dalam amaun yang optimum, tetapi jika berlebihan akan menimbullkan masalah kesihatan yang KRONIK seperti penyakit jantung akibat penyumbatan salur darah oleh kolesterol yang mengeras dan menyempitkan salur darah tadi. Darah tidak dapat mengalir dengan lancar dan berfungsi seperti sepatutnya dan mengganggu banyak proses tubuh.

 

plaque

seseorang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi mungkin tidak menunjukkan apa-apa simpton. Paras kolesterol dalam badan hanya boleh ditentukan melalui ujian darah sahaja.

Namun, tanda-tanda berikut boleh memberi petanda awal bahawa tubuh kita mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi:

1. Najis cair atau cirit birit
2. Kurang selera makan
3. Kepenatan / Kemurungan
4. Stres
5. Bintik lemak di sekitar mata
6. Distensi dada/ perut

Jadi kita digalakkan untuk mengawal diet dan pemakanan kita seharian bagi memastikan kolesterol yang berlebihan disingkirkan daripada tubuh.

Di sini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Jadi , bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang seperti ini:

 

9 Makanan Yang Dapat Mengurangkan Kolesterol

1. SOYA

soya

Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitinvitamin & zat galian.Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI

kuaci-labu

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi.

3. EPAL

apple

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan

4. IKAN TUNA

tuna

Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

5. KACANG TANAH

kacang tanah

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

6. MANGGA

Mango Juice_9152

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh

7. KISMIS

kismis

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

8. OAT

Oat-Flakes

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda

9. JAMBU BATU

jambu0

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *