PETUA LAMBATKAN KELUAR AIR MANI ATAU LAMBAT PANCUT

Majoriti lelaki mengalami sindrom yang memalukan ini semasa di ranjang. Tapi cubalah petua ini. Ketika rasa air mani mahu keluar, tarik nafas sepanjang yang anda boleh. Kemudian jika masih ada rasa air mani yang keluar, tarik lagi nafas dan lakukan sehingga seterusnya. Cara ini boleh membuatkan hubungan seksual anda lebih panjang dan lama.
Disertakan juga petua orang-orang lama dalam menjaga zakar.
  1. Buang air besar jangan serentak dengan buang air kecil. Semasa nak buang air besar, air kecil perlu ditahan dan nafas ditarik, dan begitulah sebaliknya. Elakkan buang kedua-duanya serentak.
  2. Semasa mula makan, amalkan nasi sebesar ibu jari dikepalkan dan kemudian ditelan.
  3. Ketika minum elakkan menghembus nafas tetapi tahan nafas tersebut. Ini menolong dari senang lelah semasa berjimak.
  4. Kepak ayam jangan dimakan kerana ia akan melemahkan zakar.
  5. Jangan suka makan makanan yang bersifat sejuk, telah disejuk mahupun disejukkan. Ia boleh mengakibatkan gejala terpancut awal dan air mani cair.
Petua Pekat dan Banyakkan Air Mani Lelaki
Ambil kuning telur ayam kampung 3 biji, 7 biji lada sulah, sebiji bawang merah, seulas bawang putih, sedikit mayang pinang dan sedikit gaharu yang telah dikikiskan. Semuanya digiling halus dan kemudian dicampurkan kesemua ramuan tersebut ke dalam mangkuk sebelum diminum. Bagus untuk banyakkan air mani dan menguatkan zakar lelaki.
Kaedah tingkatkan sperma…………
SPERMA dihasilkan dalam testikel pada kitaran tiga bulan sekali. Setiap sperma mempunyai satu ekor panjang untuk menolaknya bergerak ke depan. Daripada 500 juta sperma yang dikeluarkan ketika ejakulasi, kira-kira 200 akan sampai ke telur dalam tiub fallopian, tetapi hanya satu berjaya mensenyawakan telur berkenaan.
Bagi perokok, peluang mendapat 200 sperma yang berjaya mendekati telur mungkin rendah dan ia hanya dapat dicapai dengan berhenti merokok.
Selain itu, beberapa kaedah boleh diambil untuk meningkatkan kualiti sperma seperti:
Amalkan pemakanan seimbang. Jika tidak, disarankan ambil multivitamin supaya badan dapat cukup bekalan zink, selenium dan asid folik ? tiga mineral yang penting untuk penghasilan dan fungsi sperma. Multi vitamin juga mengandungi antioksidan seperti Vitamin C dan E yang melindungi sperma daripada kerosakan.
Kurangkan tekanan. Tekanan berpanjangan dan tidak diatasi akan mengganggu hormon diperlukan untuk penghasilan sperma. Jika anda mengalami masalah kesuburan, segera cari jalan mengatasinya kerana jika dibiarkan ia akan membuat anda lebih tertekan.
Bersenam selalu. Aktiviti fizikal bukan saja baik untuk kesihatan badan, malah dapat mengurangkan tekanan.
Kekalkan berat badan seimbang. Terlalu banyak atau sedikit lemak boleh mengganggu penghasilan hormon kesuburan.
Lindungi kesuburan dengan:
Jauhi bahan beracun.
Jangan merokok.
Elak minum minuman keras (alkohol merendahkan kuantiti dan kualiti sperma). Gabungan merokok dan minum minuman keras akan memburukkan keadaan dan merendahkan kesuburan.
Elakkan mandi sauna, mandi wap panas. Kajian menunjukkan berendam dalam air panas (40? Celsius) selama 30 minit boleh mengurangkan jumlah sperma.
Jangan duduk terlalu lama untuk memberikan suhu lebih sejuk kepada testis (sperma memerlukan suhu yang lebih rendah daripada suhu badan).
Berhati-hati dengan ubat yang diambil kerana kebanyakan ubat boleh mempengaruhi penghasilan dan kualiti sperma.
Kurangkan duduk atas permukaan keras. Jika terpaksa, bangun setiap 30 minit untuk merendahkan suhu pada bahagian berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *