MAKANAN YANG MELEMAHKAN TENAGA BATIN LELAKI

Makanan Yang Melemahkan Tenaga Batin Lelaki
Dalam ilmu tadisional Melayu Lama terdapat beberapa pantang larang yang baik untuk diamalkan agar kejantanan lelaki sentiasa gagah perkasa. Berikut adalah beberapa pantang larang yang baik untuk diterima pakai demi kesihatan kaum lelaki…
1. Jangan amalkan minum air batu, air gas atau air yang disejukkan dalam peti ais kerana ia akan mengakibatkan Mr.P menjadi sejuk serta lembik. Mengamalkan minum air batu biasanya Mr.Pnyatidak mantap, cepat pancut dan tidak keras seperti mana amalan sepatutnya. Mr.P mudah ngilu apabila bersama dengan isteri.
2. Jangan amalkan makan makanan bersifat sejuk seperti sayur kacang, petola, labu, pisang embun, pisang kelat lega, pisang emas atau makanan yang dingin semalaman seperti lebihan nasi malam tadi masih dimakan di waktu pagi melainkan dihangatkan dahulu. Ataupun makanan yang disejukkan atau dibekukan kerana ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
 3. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air apabila selesai 2 minit selepas suapan terakhir seelok eloknya, melainkan jika tercekik tu sebab jangan makan dengan cepat atau gelojoh. Sekali telan sekali selawat. Kesannya sama seperti minum air batu mudah loya dan jika terus diamalkan lambat laun mudahlah mati pucuk.
 4. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika bersama isteri (jimak).
 5. Jangan jadikan amalan onani kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan Mr.P.
 6. Elakkan daripada meminum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
7. Jangan biarkan isteri menindih Mr.P ketika tidur. Aliran darah yg sempurna amat perlu pada Mr.P kerana waktu tidur darah menuju Mr.P. Tindihan dari paha dan lutut yg sejuk membantutkan aliran.
 8. Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan Mr.P.
 9. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih daripada 3 kali seminggu, kerana Mr.P perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
 10. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan Mr.P. Tidak digalakkan mengadakan hubungan kelamin di dalam air. Selepas melakukan hubungan kelamin, rehat dulu 15 minit. Kemudian barulah minum air.
 11. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk. Jangan biarkan Mr.P terendam begitu lama selepas klimaks.
 12. Jangan melakukan hubungan kelamin ketika isteri sedang haid kerana ia bukan saja haram di sisi agama Islam tetapi juga boleh mendatangkan penyakit.
 13. Elakkan minum air selepas pukul 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
14. Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan Mr.P jadi ngilu dan kurang bertenaga.
 15. Jangan pancutkan air kencing ke dalam air bertakung atau kencing di dalam air, carilah tempat yang kering dahulu. Kencing dahulu sebelum membuang air besar kerana ia boleh melatih mengawal otot Mr.P dengan baik.
 16. Hindarkan diri dari bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua, selalulah amalkan ketip setiap pagi kulit kayu manis/cengkih dan juga buat senaman harimau pada awal pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *