KHUSUS SUAMI ISTERI! HINDARI BERHUBUNGAN SEKS TANPA KOMUNIKASI YANG BAIK

Berapa kerapkah dan bilakah kali terakhir anda benar-benar berbicara dan berkomunikasi dengan pasangan anda?

KERAP KALI PASANGAN SUAMI ISTERI YANG TELAH MENIKAH DALAM WAKTU YANG LAMA HANYA BERKOMUNIKASI SEKADAR BERTEGUR SAPA SECARA KASUAL TANPA BENAR-BENAR SALING BERBICARA DARI HATI KE HATI.

Menceritakan aktiviti ketika berada di pejabat, perkembangan anak, atau sekadar membahas isu umum yang terjadi di lingkungan sekitar boleh sahaja untuk dijadikan sebagai bahan berbicara dengan pasangan.

Kualiti komunikasi antara pasangan turut boleh mempengaruhi kunci keharmonian sesebuah rumahtangga yang paling menyeronokkan, tidak lain dan tidak bukan melalui hubungan seksual.

“Jadual kerja yang padat sering tidak memberikan ruang kepada pasangan untuk bertemu dan berbincang hangat. Tak sedikit pasangan suami isteri yang baru bertemu di atas ranjang dengan keadaan tubuh yang sudah terlalu letih untuk melakukan apapun selain daripada tidur,” terang Paul Hokemever, PhD., seorang perunding pernikahan dan keluarga dari New York, AS.

Menurut Hokemever, kualiti hubungan yang baik memerlukan tahap keintiman yang hangat antara pasangan. Keadaan ini boleh juga terjadi apabila suami isteri tersebut dikatakan memiliki komunikasi yang baik antara satu sama lain.

Oleh kerana itu, dia menyarankan untuk suami isteri agar boleh untuk meluangkan waktu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum mereka masuk tidur untuk membicarakan soal kegiatan harian dan sebagainya.

Hokemever mengatakan bahawa salah satu daripada “penyakit” yang membuat hubungan seksual suami isteri menjadi begitu hambar adalah kerana hilangnya sebuah komunikasi yang hangat antara pasangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *