Khasiat Bawang Putih untuk Kesihatan Seksual Lelaki

Percaya kah anda khasiat bawang putih untuk kesihatan seksual lelaki? Jangan tak percaya ye, ini adalah realiti. Lelaki-lelaki dari zaman dahulu kala mengamalkan makan bawang putih mentah untuk menyembuhkan dan menjaga kesihatan seksual mereka dari segi stamina. Maklum la, itu kan lambang lelaki sejati.. So bagi anda yang ada masalah berkaitan, sila jangan pandang sebelah mata akan kehebatan khasiat bawang putih untuk kesihatan seksual lelaki. Para isteri jika inginkan suami yang berstamina tinggi dan mampu bertahan lebih lama ketika melakukan hubungan intim, sila pastikan suami anda makan bawang putih setiap hari!

kesihatan seksual lelaki

Bawang putih menstabilkan dan meningkatkan aliran darah ke organ-organ penting terutamanya penis. Dengan aliran darah yang mencukupi, menjadikan ia dapat berfungsi dengan baik. Bawang putih juga meningkatkan libido atau dengan kata lain keinginan untuk melakukan hubungan intim.

Kajian pada tahun 2007 oleh Universiti Alabama di Birmingham menunjukkan, bawang putih menghasilkan sejenis kompoun yang dikenali sebagai hidrogen sulfida yang bertindakbalas dengan sel-sel darah merah. Tindakbalas antara hidrogen sulfida dan sel-sel darah merah ini menyebabkan pembuluh darah menjadi relaks.

Selain dari menstabilkan aliran darah ke penis, pembuluh darah yang relaks merupakan langkah pertama dalam menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan kesihatan jantung. Menurut penemuan oleh John Elrod dan David Lefer, phD dari Albert Einstein College of Medicine, Hidrogen Sulfida mencegah kerosakan sel-sel dan tisu jantung yang biasanya terjadi dikalangan pesakit jantung.

Jika anda merupakan seorang lelaki yang sangat mementingkan kesihatan seksual dan kesihatan menyeluruh, sila jadikan bawang putih mentah sebagai tambahan dalam menu harian anda.

kesihatan seksual lelaki

Bawang putih juga penting untuk kesihatan prostat dengan mencegah kanser prostat, mengecilkan saiz prostat dan melawaskan kencing. Oleh itu, untuk kesihatan menyeluruh mesti ingat untuk makan bawang putih mentah ye….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *