KEISTIMEWAAN MENJADI SEORANG PENDERMA DARAH

Derma darah merupakan satu amalan mulia kerana darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukannya. Amalan derma darah dapat memupuk nilai murni dalam diri dan boleh dijadikan sebagai tanggungjawab sosial.

Malaysia mengamalkan pendermaan darah secara sukarela tanpa memberi sebarang ganjaran kepada penderma darah. Walalu bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperuntukkan beberapa keistimewaan seperti dalam Jadual 1 kepada penderma darah.

 

asd

Keistimewaan ini diberikan kepada penderma darah bagi menghargai jasa baik dan pengorbanan penderma darah. Ia juga bertindak sebagai insentif bagi menggalakkan penderma darah baru untuk meneruskan amalan mulia ini sebagai penderma darah tetap.

DI BAWAH PERUNTUKAN KEISTIMEWAAN INI, PENDERMA DARAH DIBERIKAN RAWATAN PESAKIT LUAR DAN PERUBATAN SERTA WAD SECARA PERCUMA DI HOSPITAL ATAU KLINIK KERAJAAN.

Tempoh sah perkhidmatan rawatan percuma adalah dikira dari tarikh terakhir pendermaan darah sehingga tempoh yang ditetapkan, iaitu 4 bulan hingga 10 tahun. Tempoh tersebut bergantung kepada bilangan pendermaan darah yang telah dilakukan dan kekerapan pendermaan.

 

donate_blood_rotator

Contohnya, penderma menderma darah sekali di mana-mana hospital atau tempat menderma darah, mereka layak menerima rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan secara percuma serta wad kelas dua dalam tempoh 4 bulan bermula dari tarikh pendermaan darah. Keistimewaan yang lain boleh dirujuk kepada Jadual 1.

 

Kekerapan menderma darah Keistimewaan rawatan
1 kali  Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan
2 kali (dalam tempoh 12 bulan) Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 – 5 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan
6 – 10 kali Percuma rawatan pesakit luar selama *1 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *6 bulan
11 – 15 kali Percuma rawatan pesakit luar selama *2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun
16 – 20 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *2 tahun
21 -30 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *3 tahun
31 – 40 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *4 tahun
41 – 50 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *6 tahun
Lebih 50 kali (bagi penderma “whole blood”) dan lebih 150 kali (bagi penderma “aferesis”) Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan selepas itu wad kelas dua untuk seumur hidup

*Tempoh masa keistimewaan yang dinyatakan adalah sah digunakan bermula dari tarikh pendermaan terakhir.

 

 

asd

Kemudahan wad adalah bergantung kepada keadaan semasa di hospital berkenaan. Jika tiada kekosongan wad kelas yang dinyatakan, maka penderma darah akan ditempatkan di wad kelas lain yang sesuai.

KEISTIMEWAAN INI HANYA DIBERIKAN KEPADA PENDERMA DARAH WARGANEGARA MALAYSIA DAN YANG BERSTATUS PENDUDUK TETAP.

Warganegara bukan Malaysia yang menderma darah di mana-mana pusat darah atau kempen derma darah bergerak tidak dapat menikmati keistimewaan ini.

 

1200

Selain daripada rawatan percuma, penderma darah juga boleh mendapatkan suntikan vaksin terhadap penyakit Hepatitis B secara percuma sekiranya mereka menderma sekurang-kurangnya 2 kali dalam tempoh 12 bulan.

PENDERMA DARAH BOLEH BERHUBUNG DENGAN PUSAT DARAH KERAJAAN TERDEKAT UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT.

Penderma darah perlu membawa buku Sijil Perkhidmatan Permindahan Darah Kebangsaan (PPDK 9/Pin. 4/99), iaitu Buku Derma Darah, bersama ke pusat kesihatan, hospital atau pusat darah dan menunjukkan buku tersebut kepada pihak berkenaan sebelum mendapatkan rawatan.

 

asd

Bagi penderma darah yang ingin mendapatkan perkhidmatan rawatan di Hospital Kuala Lumpur, mereka perlu pergi ke Pusat Darah Negara untuk mendapatkan surat pengesahan terlebih dahulu.

Selain daripada keistimewaan di atas, penderma darah juga diraikan dalam sambutan Hari Penderma Darah Sedunia pada 14 Jun setiap tahun bagi menunjukkan penghargaan masyarakat terhadap sumbangan mereka yang tidak ternilai ini. Anugerah diberikan kepada penderma darah dari segenap lapisan sebagai tanda penghargaan.

keistimawaan, jadual, kempen derma darah boleh dirujuk di laman web Persatuan Penderma Darah Sabah di www.pendarah.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *