10 Punca Sebenar Kamu Susah Tidur

1. Suasana Sunyi Sepi

Bila terlalu sunyi, kamu lebih senang terjaga apabila ada bunyi, contohnya bila suami kamu bangun untuk ke tandas atau bunyi kereta di luar. Kamu boleh cuba hidupkan kipas berfungsi menenggelamkan bunyi yang mungkin mengganggu.

2. Teman Tidur Berbulu

Walaupun kamu tak mempunya alergi kepada haiwan belaan, selmati dari kulit dan bulu binatang kesayangan akan terkumpul di katil lalu merengsakan saluran hidung, membuatkan kamu berhingus dan terbersin sehingga terjaga. Bila kucing kamu bergerak-gerak semasa tidur juga tidak membantu. Kami tahu kamu suka peluknya, tapi belikan katil sendiri untuknya dan letak di bilik lain.

3. Jam Penggera Kamu

Kamu rasa tertarik untuk mengetahui jam berapa kamu masuk tidur. Lepas mengira berapa jam kamu dapat beradu sehingga keesokan pagi kamu akan rasa gelisah, menyebabkan kesukaran untuk relaks dan terlelap. Senang sahaja: Pusingkan jam penggera supaya kamu tak dapat tahu jam pukul berapa. Lebih penting lagi: Jauhi jam digital. Sesetengah skrin memantulkan cahaya yang membantutkan penghasilan melatonin lalu buat kamu jadi seperti cacing kepanasan.

4. Langsir Atau Tirai Tak Sesuai

Kalau langsir kamu terlalu singkat atau jarang, cahaya samar akan curi-curi masuk ke dalam kamar dan mengganggu penghasilan melatonin, hormon penting yang buat kamu mengantuk. Gantikan dengan langsir atau tirai yang mengikut ukuran, sebaik-baiknya yang dilabel blackout, iaitu dari fabrik atau material yang tebal (yang kamu harus cari: poliester bukan sutera).

5. Rancangan TV Mengasyikkan

Kalau sudah menjadi tabiat kamu mesti menonton sesuatu sebelum tidur, lebih baik kamu tonton rancangan yang tidak berat dan saksikan siri The Walking Dead lain kali. Menonton sesuatu yang merangsang adrenalin, seperti rancangan sukan atau berita 30 minit sebelum tidur, menyebabkan otak kamu cenderung berada dalam keadaan sedar lalu buat kamu jadi susah lelap.

6. Suhu Persekitaran

Jika kamu terlalu panas atau sejuk, tubuh kamu akan beri reaksi yang akan buat kamu terjaga. Suhu bilik yang sesuai untuk tidur adalah antara 18 sehingga 24 darjah Celcius, bergantung kepada keselesaan kamu. Pilih selimut dan cadar berasaskan kapas – material ini membantu peredaran udara dan mengekalkan suhu yang selesa ketika berselimut. Sekiranya suhu badan kamu cenderung untuk meningkat ketika tidur, guna cadar yang meresap lembapan dan baju tidur yang menyerap peluh supaya kamu kekal sejuk sepanjang malam.

7. Warna Dinding Bilik

Warna jingga atau biru elektrik memang menjadi kegilaan kamu, tapi warna seperti ini akan buat kamu sukar untuk lelap. Warna terang bertujuan untuk buat kamu bersemangat dan memberi inspirasi, oleh itu bila kamu dikelilingi dengan warna merah, jingga atau biru terang, kamu lebih susah untuk rasa tenteram. Cat dinding kamar tidur kamu dengan warna yang lembut dan tenang, seperti warna tanah, yang akan buat sistem tubuh kamu relaks secara semula jadi.

8. Telefon Bimbit

Skrin bercahaya dan jam digital adalah salah satu pengganggu tidur nyenyak kamu. Gerak hati kamu yang berkata kamu mungkin menerima panggilan atau mesej pesanan ringkas juga akan menyebabkan kamu gelisah dan sukar hendak biar otak berehat. Kami tahu kamu sudah terbiasa, tapi cuba matikan telefon pintar kamu sebelum masuk tidur.

9. Cahaya Dari Komputer Riba Atau Tablet

Jika kamu tidur hanya beberapa inci dari komputer, cahaya dari skrin akan menghalang pengeluaran melatonin, lalu buat kamu berjaga. Matikan komputer riba kamu atau tablet sekurang-kurangnya sejam sebelum masa tidur. Kalau kamu jenis yang gemar membaca sebelum tidur, beli Kindle, yang tidak menggunakan paparan cahaya belakang, atau baca saja buku sebenar atau majalah (yang diterangi dengan lampu yang malap).

10. Barang Bersepah

Barangan yang berselerak secara tidak sengaja akan buat kamu resah atau teringat kepada perkara yang berlegar-legar di dalam fikiran, seperti tugasan yang kamu tangguh. Kadar denyutan jantung akan bertambah dan meningkatkan tahap hormon stres, lalu menghalang kamu untuk dibuai mimpi. Tak semestinya kamu harus jadi seorang ‘hoarder’ baru kamu terasa begini – baju berlonggok, barang-barang ‘shopping’, dan timbunan majalah akan buat kamu susah menjengah ke alam mimpi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *