Sifat-sifat Lelaki melalui kelakuannya

Menjalin hubungan dengan seorang lelaki biasanya wanita mengambil kesimpulannya hanya dari apa yang terlihat,iaitu baik atau buruk.Jika anda memerlukan pertolongan untuk mengenali pasangan anda,tips ini dapat membantu anda.Jangan dianggap terlalu serius,namun ambil tips ini sebagai selingan sahaja.Siapa tahu ada benarnya,barangkali lah.

Cash vs Credit
Lelaki yang percaya pada diri dan bercita-cita tinggi biasanya lebih kerap melakukan pembayaran dengan kad kredit atau debit.Lelaki seperti ini biasanya telah mendapatkan pencapaian kewangan, mengutamakan kerjaya, dan merasa selesa dengan status mereka.

Lelaki yang lebih memilih membayar secara tunai biasanya jenis yang berdikari.

Kawan
Perhatikan kawan-kawan pasangan anda untuk mengetahui bagaimana sifatnya yang dia tidak tunjukkan pada anda. Lelaki yang mempunyai rakan yang sama sejak ia masih kecil cenderung sentimen dan menghargai kesetiaan. Lelaki seperti ini mungkin tidak mampu menyesuaikan diri dengan perubahan, namun apabila anda mendapatkan kepercayaannya,dia akan menjadi sangat baik.

Lelaki yang mempunyai banyak teman baik di kampus, tempat kerja, atau gym cenderung lebih mudah menyesuaikan diri dan mempunyai personaliti yang menarik. Lelaki seperti ini menyukai berada di pelbagai situasi sosial.

Sukan
Kebanyakan lelaki menyukai permainan sukan, dan pasukan kegemaran mereka merupakan petunjuk utama mengenai keperibadiannya. Lelaki yang suka bermain atau menonton perlawanan sukan pasukan, seperti bola sepak biasanya suka bersaing. Mereka suka berkumpul dengan teman-temannya untuk menonton perlawanan, jadi bersiaplah untuk tidak dihiraukan ketika perlawanan berlangsung.

Lelaki yang menyukai sukan solo seperti berlari, berbasikal, atau berenang cenderung merupakan jenis yang bebas yang suka menghabiskan masa sendiri. Dan bagaimana dengan jenis lelaki yang tidak menyukai sukan? Lelaki seperti ini biasanya merupakan jenis orang yang berfikiran bebas dan sensitif.

Komunikasi
Lelaki yang lebih suka menghantar mesej (email dan sms) berbanding telefon, mungkin ingin/boleh mengedit apa yang ingin ia katakan sampai ia mengenal anda lebih baik. Namun ada pula kemungkinan ia telah mempunyai wanita lain yang membuatnya sukar untuk menelefon anda tanpa didengar.

Selain itu, jika lelaki yang sering menghantar mesej singkat mungkin mahukan perhatian lebih dari yang anda telah berikan. Hati-hati dengan lelaki seperti ini jika dia tidak pernah memenuhi janjinya untuk menelefon anda. Ketika lelaki lebih suka membuat panggilan untuk berkomunikasi dan memenuhi janji untuk menelefon anda, itu menunjukkan kalau lelaki seperti ini tidak takut untuk menjalin hubungan dan keintiman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *